ANTOLOGI CERPEN KANAK-KANAK: KUCHING, AKU DATANG
Antologi Cerpen Kanak-kanak: Kuching, Aku Datang mengandungi 16 buah cerpen yang menghimpunkan empat orang penulis ahli Angkatan Sasterawan Nasional Kedah (ASASI) yang mempunyai pelbagai latar belakang yang berbeza, sama ada dari segi penulisan mahupun pekerjaan. Kepelbagaian ini telah menghasilkan tema yang pelbagai tentang dunia kanak-kanak. Melalui antologi ini, kehidupan dunia kanak-kanak membawa kita mengimbau kembali kenangan semasa zaman kanak-kanak. Malah, penceritaan dalam antologi ini mengangkat kearifan tempatan untuk diterokai bersama-sama dengan pembaca. Secara tidak langsung, pembaca terutamanya kanak-kanak akan berasa seperti berada dalam kisah-kisah tersebut dan melihat setiap keunikan tempat dan perkara yang diceritakan.
Original price was: RM20.00.RM17.00Current price is: RM17.00.


