ANAKKU SINDROM DOWN

RM12.00

Padam

Penerangan

Buku ini merupakan perkongsian pengalaman peribadi penulis yang mempunyai anak sindrom Down. Perkongsian ini bertujuan untuk memaksimumkan potensi bayi dan kanak-kanak sindrom Down. Buku ini turut mendedahkan kepada ibu bapa kemungkinan masalah perubatan yang akan dialami oleh anak sindrom Down serta ujian klinikal yang sepatutnya dijalani oleh mereka. Hal ini supaya ibu bapa tahu risiko anak mereka dan bukannya mendapatkan rawatan setelah terdapat komplikasi. Tanggapan bahawa bayi sindrom Down mempunyai masalah terencal akal perlu diubah. Melalui ujian dan pemeriksaan yang dijalankan, beberapa masalah dapat dikurangkan dengan bantuan doktor, pegawai pemulihan pertuturan, audiologi, terapi cara kerja, guru tadika dan guru sekolah. Yang paling penting anak istimewa ini boleh membesar dengan baik dan sempurna dengan penjagaan dan kasih sayang yang ikhlas daripada keluarga, terutamanya ibu bapa.

Maklumat

No. Produk
649521115074102
No. ISBN/ISSN
9789834615079
Tarikh Terbit
29 Jun 2015
Muka Surat
97
Penulis
Asma Abdullah
Berat (Versi Cetak)
0.17kg