Bahan digital yang dibeli hanya boleh dibaca melalui portal JendelaDBP dan Aplikasi JendelaDBP sahaja. Bahan digital ini TIDAK boleh dimuat turun. Format yang disediakan adalah dalam bentuk PDF, ePUB dan Buku Audio. Harap maklum.
15%

ALAT MUZIK TRADISIONAL SARAWAK: SAPE

Penulis: Connie Lim Keh Nie/Narawi Haji Rashidi/Saufi Aiman Yahya

“Buku ini berjaya memaparkan sape bukan sahaja sebagai alat muzik Orang Ulu
tetapi lebih daripada itu. Sape mempunyai kedudukan yang istimewa dalam
masyarakat Orang Ulu sehinggakan sape sinonim dengan Orang Ulu. Kedudukan
dan peranannya menjadikan sape sebuah alat muzik yang unik. Jadi, buku ini
seharusnya dimiliki bukan sahaja oleh Orang Ulu tetapi juga para pencinta
budaya tradisional masyarakat. Sememangnya buku seperti ini amat perlu dalam
menempuh gelombang perubahan budaya agar elemen penting berkaitan budaya
warisan tidak lupus ditelan zaman.”

(Profesor Hashim Awang AR, mantan Pensyarah Program Pengurusan Seni, Jabatan Seni Liberal, Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif, Universiti Malaysia Sarawak)

“Penghasilan buku ini merupakan satu usaha yang amat baik ke arah
memperkenalkan alat muzik tradisional Sarawak, iaitu sape khususnya kepada
masyarakat Malaysia. Buku ini mudah difahami dan amat komprehensif untuk
dijadikan sebagai panduan dan rujukan dalam kalangan pelajar, amatur dan
profesional demi kecemerlangan industri muzik tradisional di Malaysia. ”

(Encik Mohd. Yazid Zakaria, Konduktor Orkestra Tradisional Malaysia, Istana Budaya)

“Sebuah buku yang sangat berinfomasi kepada permain sape tradisional, pemain
sape kontemporari dan peminat sape.”
(Encik Jerry Kamit, Pemain Sape Kontemporari)

“Sape ialah alat muzik bertali yang dimainkan oleh masyarakat Orang Ulu, khasnya
suku kaum Kenyah, Kayan dan Kelabit serta suku kaum lain. Kompilasi literatur
sape, repertoir sape yang terdiri daripada transkripsi muzik dalam bentuk notasi
muzik merupakan satu sumbangan untuk memelihara dan mendokumentasikan
muzik tradisional masyarakat Orang Ulu di Sarawak. Semoga usaha seperti ini akan
diteruskan demi meneruskan warisan sape untuk memelihara dan melestarikan
budaya Orang Ulu.”

(Puan Jane Lian Labang, Pengurus Besar, Kampung Budaya Sarawak)

Price range: RM20.00 through RM43.35

No. Produk: 784320050201149042640101-jendela Kategori: Tag: ,

Butiran Produk

No. Produk
784320050201149042640101
No. ISBN
9789834904265
No. eISBN
978-983-49-5433-8
Tarikh Terbit
08 Mac 2016
Bil. Halaman (ms)
238
Penulis
Connie Lim Keh Nie/Narawi Haji Rashidi/Saufi Aiman Yahya
Berat (Versi Cetak)
0.64kg
Saiz PDF
50 MB