ADAM DAN SAYAP RENDA
RM11.40 – RM12.00
Sinopsis
Manuskrip ini mengisahkan Adam yang suka membantu ibunya berkebun. Jiran sebelah rumah Adam, iaitu Puan Sita, hairan kerana pokok yang ditanam olehnya tidak menjadi dan asyik mati, sedangkan pokok yang ditanam oleh ibu Adam subur dan cantik di laman rumah. Pada suatu hari, Adam terpandang sesuatu yang pelik melekat pada tumbuhan di laman rumahnya. Adam dan ibunya tidak mengetahui benda yang menumpang pada tumbuhan mereka. Apabila ayah Adam pulang dari kerja, Adam bertanya kepada ayah. Ayah Adam seorang pegawai pertanian. Ayah Adam tidak membenarkan Adam mengusik benda tersebut. Menurut ayah Adam, itu ialah telur sejenis serangga mesra alam. Adam dan ibu telah menanam beberapa jenis tumbuhan yang disukai serangga itu. Oleh sebab itu, laman rumah Adam tidak perlu menggunakan racun serangga. Pokok-pokok di lamannya subur dan menghijau. Adam tiba-tiba mendapat satu maklumat yang dapat dikongsi dengan Puan Sita.