Bahan digital yang dibeli hanya boleh dibaca melalui portal JendelaDBP dan Aplikasi JendelaDBP sahaja. Bahan digital ini TIDAK boleh dimuat turun. Format yang disediakan adalah dalam bentuk PDF, ePUB dan Buku Audio. Harap maklum.
5%

50 PERMAINAN BAHASA ARAB: PANDUAN PRAKTIKAL UNTUK GURU

Penulis: Che Radiah Mezah & Norhayuza Mohamad

Buku ini secara khusus dihasilkan untuk kegunaan gura-guru mata pelajaran bahasa Arab yang mengajar di sekolah rendah. Namun, buku ini juga boleh dijadikan panduan kepada tenaga pengajar bahasa Arab di sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi. Buku ini mengandungi bentuk dan teknik permainan bahasa yang menarik minat pelajar dan boleh memantapkan pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab,

Buku ini ditulis dengan menggunakan pendekatan yang mudah, jelas dan ringkas, sesuai dengan sifatnya sebagai buku panduan dan rujukan. Pada bahagian awal buku ini disentuh secara ringkas tentang objektif dan kepentingan permainan bahasa dalam pembelajaran bahasa Arab. Selain itu, beberapa panduan ringkas permainan bahasa turut dimuatkan. Fokus utama buku ini ialah contoh-contoh permainan bahasa yang diadun dengan cara yang ringkas, tersusun dan praktikal. Pelbagai jenis permainan bahasa yang dikemukakan dalam buku ini sesuai dilaksanakan, sama ada di dalam mahupun di luar kelas.

Price range: RM8.55 through RM15.00

Butiran Produk

No. Produk
49232005070114601740103
No. ISBN
9789834601744
Tarikh Terbit
03 Mei 2017
Bil. Halaman (ms)
96
Penulis
Che Radiah Mezah & Norhayuza Mohamad
Berat (Versi Cetak)
0.18kg
Saiz EPUB
66 MB