BUKIT SYAHDU
Biarpun kehidupannya sendiri tidak menentu, namun Cik Man tidak sanggup membiarkan Fitri dihantar ke rumah anak yatim. Tindakannya itu menyebabkan dia disisihkan keluarga sendiri, dan menjadi punca pertelagahan yang serius antara Cik Man dengan adiknya, Ery. Walaupun banyak rintangan, Cik Man bertekad untuk membesarkan Fitri seorang diri. Dia bahagia kerana dapat menumpahkan kasih sayangnya pada Fitri; begitu juga Fitri, dapat bermanja dengan Cik Man, tanpa mengetahui siapa Cik Man sebenarnya.
Bahagia yang dikecap hanya sementara; Cik Man terlibat dalam kemalangan jalan raya sehingga meragut nyawanya. Fitri kehilangan dahan tempat berpaut. Ketika dalam kesedihan, muncuk seorang wanita yang mengaku dirinya ibu kandungan Fitri. Pada masa yang sama, timbul rasa simpati dan sayang di hati Ery akan Fitri. Fitri berasa dilema; siapa yang harus dipilih, ibu kandung atau Ery yang mirip Cik Man. Fitri keliru!
Original price was: RM22.00.RM18.70Current price is: RM18.70.


