Bahan digital yang dibeli hanya boleh dibaca melalui portal JendelaDBP dan Aplikasi JendelaDBP sahaja. Bahan digital ini TIDAK boleh dimuat turun. Format yang disediakan adalah dalam bentuk PDF, ePUB dan Buku Audio. Harap maklum.

NOVEL KANAK-KANAK: BASUM KERAJAAN DASAR LAUT

Penulis: MUS NASMIAN

Hairi selalu membuatkan ayahnya sakit kepala kerana sikapnya yang panjang akal dan terlalu berani mencuba. Maya, adiknya pula sentiasa mengikut jejak langkah abangnya.

Pertemuan dengan Suran di tepi Pantai Batu Buruk, Terengganu membawa episod baharu dalam hidup dua orang adik-beradik ini. Bermula dengan perasaan simpati atas nasib Suran, Hairi dan Maya nekad untuk membantunya. Kemudian, mereka dibawa ke dunia baharu di dasar laut.

Walau bagaimanapun, mereka sudah terlajak melangkah. Untuk berpatah semula bukanlah mudah. Maka, dunia penuh keajaiban dan misteri dijelajahi tanpa menyedari mereka telah melanggar undang-undang di sana.

Akhirnya, mereka terpisah. Hairi terpenjara, Maya entah ke mana. Bagaimanakah dengan nasib mereka? Berjayakah mereka kembali ke pangkuan ibu bapa? Semuanya terjawab dalam Basum: Kerajaan Dasar Laut.

RM13.00

No. Produk: N/A Kategori:

Butiran Produk

No. eISBN
978-983-49-5861-9
Penulis
MUS NASMIAN
Saiz PDF
6 MB