Video pembelajaran ini ialah satu daripada judul dalam Siri Bahan Sokongan Digital Pendidikan Literasi Kewangan Dewan Bahasa dan Pustaka yang dapat dimanfaatkan untuk pembelajaran matematik sekolah rendah. Video pembelajaran Dahulu Lain Sekarang Lain mengimbau sejarah urusan jual beli pada zaman dahulu dan sejarah penggunaan wang di Malaysia. Kandungan video turut memaparkan ciri-ciri dan aspek keselamatan wang di samping menerapkan nilai murni yang berkaitan. Soalan ulang kaji juga terdapat pada akhir video untuk menguji pemahaman penonton.