GARIS PANDUAN MENAMAI SYARIKAT, BANGUNAN, KAWASAN PERUMAHAN, TEMPAT AWAM DAN JALAN (EDISI KETIGA)
Buku Garis Panduan Menamai Syarikat, Bangunan, Kawasan
Perumahan, Tempat Awam dan Jalan (Edisi Ketiga) ini
disediakan sebagai satu usaha untuk memperkasakan dan
memartabatkan penggunaan bahasa Melayu yang baik dan
indah melalui pelbagai saluran penyampaian maklumat
bahasa kepada masyarakat. Buku ini mengandungi garis
panduan penamaan dan pekeliling yang berkaitan serta
pelbagai contoh pilihan nama dalam bahasa Melayu yang
menarik, indah berserta makna yang baik untuk dinamakan
pada premis perniagaan, syarikat, bangunan, kawasan
perumahan, tempat awam dan jalan yang boleh didapati pada
setiap halaman mengikut kategori nama.
Di samping itu, garis panduan ini juga dapat membantu
kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan pihak-pihak
lain yang berkaitan, seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia
(SSM) dan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO)
memberikan cadangan nama kepada syarikat/individu yang
ingin menjalankan perniagaan supaya dapat memilih dan
menggunakan nama premis, syarikat, bangunan, kawasan
perumahan dan seumpamanya dalam bahasa Melayu yang
baik dan indah.
Buku ini amat sesuai dijadikan rujukan oleh pihak yang
ingin menubuhkan perniagaan, pemaju perumahan, organisasi
kerajaan, institusi swasta mahupun khalayak pembaca umum.
Original price was: RM25.00.RM21.25Current price is: RM21.25.




