DIDIK BELAJAR 1: NANA KENAL HURUF VOKAL
Didik Belajar Siri 1 membawa kanak-kanak meneroka huruf vokal melalui murid
bernama Nana. Setiap huruf diperkenalkan dengan menggunakan pendekatan
tulisan bergambar serta bunyi huruf (fonik) yang dipautkan dengan objek yang
dekat dengan pengalaman harian Nana. Ilustrasi visual yang terancang
membantu murid, khususnya murid disleksia, mengekalkan tumpuan,
mengurangkan kekeliruan, dan meningkatkan keberkesanan pembelajaran.
Buku ini direka mesra disleksia dengan pemilihan jenis tulisan, warna dan
arahan yang sesuai bagi membantu murid memberikan tumpuan dan
seterusnya meningkatkan keberkesanan pembelajaran. Selain itu, buku ini turut
menyediakan aktiviti potong dan tampal bagi merangsang kreativiti serta
imaginasi kanak-kanak.
Original price was: RM12.00.RM10.20Current price is: RM10.20.


