DIDIK BELAJAR 8: HORE, NANA BALIK KE KAMPUNG!
Nana dan keluarganya pulang ke kampung. Kampungnya dikelilingi sawah
padi yang luas terbentang berwarna kuning keemasan. Nana mula
mengenali kehidupan di kampung bersama-sama dengan atuk dan nenek.
Setiap pengalaman di kampung mengajar Nana tentang alam, kesabaran
dan kasih sayang.
Ikuti kisah ini dalam Didik Belajar Siri 8, sebuah kisah santai yang
memperkenalkan kehidupan dan keindahan suasana di kampung sambil
membantu kanak-kanak mempelajari perkataan dan bunyi sebutan digraf
melalui penceritaan secara berperingkat. Ilustrasi objek dan perkataan
dalam buku ini direka dengan teliti agar kanak-kanak dapat mengaitkan
cerita dengan pengalaman harian mereka, sambil belajar membaca dan
menikmati pengalaman berharga bersama-sama dengan Nana di kampung
halamannya.
Original price was: RM13.00.RM11.05Current price is: RM11.05.


