DIDIK BELAJAR 7: OH, ENAKNYA DURIAN!
Nana membantu kawan baiknya berniaga buah di pasar tani. Mereka melihat
pelbagai jenis buah-buahan yang segar dan menarik. Antara buah-buahan
yang dijual, ada satu buah yang menjadi kegemaran ramai orang. Apakah
buah itu? Apakah yang Nana pelajari daripada pengalamannya di pasar tani?
Ikuti kisah ini dalam Didik Belajar Siri 7, sebuah cerita berlatarkan suasana
pasar tani di Malaysia. Melalui penceritaan yang ringkas, ilustrasi yang menarik
serta pemilihan beberapa perkataan yang mengandungi bunyi diftong, buku
ini membantu kanak-kanak mengenal dan menyebut suku kata dan perkataan
dengan lebih yakin. Cerita ini direka agar kanak-kanak dapat mengaitkan
pengalaman membaca dengan kehidupan harian mereka, sambil belajar dan
menikmati masa bersama-sama dengan Nana dan kawan-kawannya.
Original price was: RM13.00.RM11.05Current price is: RM11.05.


