GEMA
Gema merupakan karya Dong Xi yang dianugerahkan
“Anugerah Kesusasteraan Mao Dun ke-ıı”. Novel Gema mengambil masa 10 tahun untuk disiapkan dan ini juga julung kalinya Dong Xi menghasilkan novel bertemakan
“detektif + psikologi”. Novel ini memaparkan kerumitan realiti di samping meneliti sempadan rohaniah melalui pertindihan tegang antara kes jenayah dengan hubungan perkahwinan.
Dalam proses penyiasatan sebuah kes pembunuhan, seorang pegawai siasatan wanita mencurigai si suami mencuranginya. Beliau terpaksa menyelesaikan dua kes dalam masa yang sama: kes pembunuhan dan kes hubungan kekeluargaan. Penyiasatannya dalam kes jenayah itu telah mempengaruhi cara beliau menyiasat hubungan dengan suaminya dan juga sebaliknya, kedua-duanya membentuk suafu hubungan yang saling bergema.
Original price was: RM50.00.RM42.50Current price is: RM42.50.


