Siri Cilik Jauhar: Mari Kenal Bentuk
Mari Kenal Bentuk merupakan satu daripada 12 judul dalam Siri Cilik Jauhar. Siri ini disasarkan kepada kanak-kanak yang berusia empat tahun.
Buku ini mengisahkan Wafa dan Wafi mengunjungi Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar. Wafa dan Wafi diperkenalkan dengan kraf tradisional sambil mempelajari bentuk bulat, segi tiga dan segi empat yang ada di kompleks tersebut. Selain itu, buku ini lebih mesra pembaca kerana menyediakan aktiviti menarik untuk dilakukan oleh kanak-kanak bersama-sama guru atau ibu bapa, di samping merangsang kemahiran psikomotor si cilik.
Penerbitan 12 judul Siri Cilik Jauhar merupakan kerjasama penerbitan buku antara
Dewan Bahasa dan Pustaka dengan Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim.
Original price was: RM8.00.RM7.60Current price is: RM7.60.

