SIRI CILIK JAUHAR: ISTANA PASIR
Istana Pasir merupakan satu daripada 12 judul dalam Siri Cilik Jauhar. Siri ini disasarkan kepada kanak-kanak yang berusia empat tahun. Buku ini mengisahkan Wafa dan Wafi pergi ke Pantai Desaru, iaitu sebuah pantai yang terletak di negeri Johor. Wafa dan Wafi teruja apabila merasai kehalusan pasir pantai. Mereka melakukan aktiviti membina istana pasir bersama-sama. Ayah dan ibu memuji kecantikan istana Wafa dan Wafi.
Selain itu, buku ini lebih mesra pembaca kerana menyediakan aktiviti menarik untuk dilakukan oleh kanak-kanak bersama-sama guru atau ibu bapa, di samping merangsang kemahiran psikomotor si cilik.
Penerbitan 12 judul Siri Cilik Jauhar merupakan kerjasama penerbitan buku antara
Dewan Bahasa dan Pustaka dengan Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim.
Original price was: RM8.00.RM7.60Current price is: RM7.60.

