Bahan digital yang dibeli hanya boleh dibaca melalui portal JendelaDBP dan Aplikasi JendelaDBP sahaja. Bahan digital ini TIDAK boleh dimuat turun. Format yang disediakan adalah dalam bentuk PDF, ePUB dan Buku Audio. Harap maklum.
15%

KESAN PENDUDUKAN PERANCIS TERHADAP MESIR

Penulis: Napisah Karimah IsmailWan Kamal Mujani

Mesir atau kini Republik Arab Mesir (Jumhuriyah Misr al-‘Arabiyah) merupakan sebuah negara yang sejak dahulu lagi memang terkenal dengan sejarah tamadun umat manusia pada zaman kuno, iaitu zaman pemerintahan Firaun, Greek dan Rom. Kemudian diikuti zaman Islam yang diterajui oleh beberapa kerajaan bermula dengan zaman Khulafa al-Rashidin, zaman kerajaan Umaiyah, ‘Abbasiyah, Tulun, Ikhsyid, Fatimiyah, Ayyubiyah, Mamluk dan ‘Uthmaniyah sehinggalah Mesir dijajah oleh bangsa Eropah, iaitu Perancis dan British.

Penguasaan Mesir oleh banyak kuasa telah menjadikan negara tersebut sebagai sebuah negara yang kaya dengan sejarah dan kisah yang menarik untuk diteroka. Perancis ialah kuasa Eropah terawal yang menduduki Mesir selepas berlaku kelemahan dalam pemerintahan Dawlah ‘Uthmaniyah di Mesir pada penghujung abad ke-18 M. Pendudukan Perancis berlaku dalam tempoh lebih kurang tiga tahun, iaitu dari tahun 1798 M hingga 1801 M. Walaupun dalam tempoh tiga tahun, pendudukan tersebut meninggalkan kesan

Price range: RM19.55 through RM26.00

Butiran Produk

No. Produk
960320000201149313940101
No. ISBN
9789834931391
No. eISBN
9789834953911
Tarikh Terbit
06 Apr 2021
Bil. Halaman (ms)
221
Penulis
Napisah Karimah IsmailWan Kamal Mujani
Berat (Versi Cetak)
0.26kg
Saiz EPUB
168 MB