NOVEL REMAJA: IMPIAN MARILYN
Marilyn Nandu seorang remaja yang aktif berpuisi dan bersukan. Pada suatu hari, sewaktu ingin menerima hadiah pertandingan mendeklamasi puisi, Marilyn mengalami serangan jantung lalu koma. Sebaik-baik sedar daripada koma, Marilyn tidak lagi boleh bercakap. Nasibnya menjadi semakin malang apabila permohonannya untuk kembali ke sekolah ditolak. Ibu Marilyn yang bekerja di rumah kebajikan anak-anak kurang upaya, telah membawanya bersama-sama ke tempat kerja.
Pada awalnya Marilyn tidak bersetuju dan tidak dapat menerima kekurangan diri dan malu digelar OKU. Namun, demi semangat kesukanan dan ingin membuktikan bahawa golongan OKU juga mampu berjaya, Marilyn mendaftarkan diri sebagai pelajar di rumah kebajikan itu. Apakah yang terjadi kepada Marilyn Nandu seterusnya? Dapatkah Marilyn menyesuaikan diri di rumah kebajikan itu? Ikutilah kisah menarik ini dalam Impian Marilyn.
Price range: RM9.00 through RM15.00

