PERIBAHASA BERTEMAKAN ALAM: BAHASA MELAYU – BAHASA CINA
Buku Peribahasa Bertemakan Alam: Bahasa Melayu – Bahasa Cina mengetengahkan padanan perumpamaan bahasa Melayu dengan perumpamaan bahasa Cina untuk membantu murid menghasilkan karangan yang baik dengan menggunakan perumpamaan yang terkandung dalam buku ini. Buku ini juga disertakan dengan contoh karangan dalam setiap unit untuk rujukan guru dan murid.
Persembahan buku ini juga disusun mengikut tema alam seperti air, bunga, bukit dan gunung, laut dan sekitarnya serta tumbuh-tumbuhan.
Perumpamaan yang dipilih dalam buku ini adalah mengikut Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) mengikut kesesuaian tahap murid. Buku ini diharapkan berupaya menjadi rujukan murid untuk menguasai perumpamaan
dalam kedua-dua bahasa dengan lebih tepat dan tidak terpesong daripada makna yang sebenar.
Price range: RM6.65 through RM9.35







