Bahan digital yang dibeli hanya boleh dibaca melalui portal JendelaDBP dan Aplikasi JendelaDBP sahaja. Bahan digital ini TIDAK boleh dimuat turun. Format yang disediakan adalah dalam bentuk PDF, ePUB dan Buku Audio. Harap maklum.

EDISI KARYA MALAR SEGAR PENERIMA S.E.A. WRITE AWARD: SEORANG TUA DI KAKI GUNUNG

Penulis: Azizi Haji Abdullah

Novel Seorang Tua di Kaki Gunung ini telah mendapat tempat kedua dalam Sayembara
Hadiah Novel GAPENA – Yayasan Sabah II (1981), memaparkan persoalan jurang generasi.

Melalui watak Tukya, pengarang cuba memperlihatkan sikap golongan tua yang tetap
keras dalam usahanya mempertahankan pendiriannya terhadap corak kehidupan tradisi, yang amat rapat dengan alam semula jadi di kaki Gunung Bongsu, dan penuh pantang
larang dalam membuat sesuatu kerja kerana dia menganggap kerja itu sangat mulia dan patut dihormati. Kekuatan utama novel ini terserlah pada aspek perwatakan dan latarnya.

Pengarang telah memperlihatkan usaha yang sungguh-sungguh dalam melukiskan gambaran alam hutan untuk menimbulkan perhubungan erat dan selari antara Tukya dengan kehidupan tradisi yang dianggap murni. Tukya ialah lambang seorang manusia yang gigih dalam usaha mempertahankan pendiriannya hingga ke akhir hayat.

RM16.00

No. Produk: 899320050201149481240201-jendela Kategori:

Butiran Produk

No. Produk
899320050201149481240201
No. ISBN
9789834948122
No. eISBN
9789834958121
Tarikh Terbit
24 Jun 2025
Penulis
Azizi Haji Abdullah
Saiz PDF
8 MB