Bahan digital yang dibeli hanya boleh dibaca melalui portal JendelaDBP dan Aplikasi JendelaDBP sahaja. Bahan digital ini TIDAK boleh dimuat turun. Format yang disediakan adalah dalam bentuk PDF, ePUB dan Buku Audio. Harap maklum.
15%

RUPA DAN JIWA: PELUKIS, PERISTIWA DAN PERSEPSI SENI

Penulis: MULIYADI MAHAMOOD

Buku ini merupakan himpunan esei dan makalah terpilih yang ditulis oleh penulis dari tahun 2006 hingga 2020 dan dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu pelukis, peristiwa dan persepsi. Teras utama buku ini ialah disiplin sejarah seni dengan menekankan pendekatan apresiasi seni yang berasaskan analisis formalistik dan kontekstual. Bahagian Pelukis, buku ini membincangkan karya-karya Awang Damit Ahmad, Ali Nurazmal Yusoff, Hashim Hassan, Husin Hourmain, Razak Abdullah, Rafiee Ghani, Sani Md Dom dan tiga kartunis terpenting negara, iaitu Lat, Jaafar Taib dan Zunar.

Bahagian Peristiwa pula ditulis bersempena dengan peristiwa seni tertentu, khususnya pameran sama ada anjuran galeri awam ataupun korporat seperti Balai Seni Negara dan Galeri Petronas. Sementara itu, bahagian Persepsi bersifat pemerhatian dan topikal dengan tumpuan terhadap beberapa aspek budaya visual, iaitu pendidikan seni, seni moden dan kontemporari, peranan galeri, institusi pendidikan seni, seni jalanan dan seni kartun.

Buku ini memberikan tumpuan kepada tema, subjek dan perbincangan mengenai bidang seni visual. Sementara buku kedua yang bakal diterbitkan seiring dengan buku ini berjudul Rupa dan Jiwa: Sekitar Dunia Kartun yang memberi fokus sepenuhnya kepada seni kartun. Buku ini juga dapat dijadikan sebagai bahan rujukan umum, khususnya para pelajar bidang sejarah seni dan pengurusan budaya, pengajian budaya visual dan seni halus dalam memahami perkara-perkara asas perkembangan seni lukis di negara kita.

Aspek-aspek apresiasi seni, kritikan seni, penyelidikan dan penulisan seni, pengkaryaan, dan kerja-kerja kuratorial yang menekankan pendekatan kontemplasi, eksplorasi, penerokaan dan penemuan turut diperkatakan dalam buku ini sebagai nilai tambah kepada pembaca.

Price range: RM96.90 through RM123.25

No. Produk: 741320000201149450940101-jendela Kategori: , Tag:

Butiran Produk

No. Produk
741320000201149450940101
No. ISBN
9789834945091
No. eISBN
9789834951993
Tarikh Terbit
21 Apr 2025
Bil. Halaman (ms)
295
Penulis
MULIYADI MAHAMOOD
Berat (Versi Cetak)
0.61kg
Saiz EPUB
161 MB