KAMUS LOGHAT KEDAH
Loghat Kedah adalah kelainan bahasa Melayu yang digunakan dalam kawasan yang meliputi Perlis, merentasi negeri Kedah, Pulau Pinang, dan akhirnya Perak Utara. Di luar sempadan Tanah Melayu, loghat ini boleh dikatakan meliputi Thailand Selatan hingga ke sempadan Thailand-Myanmar termasuk pulau-pulau di lautan kawasan berkenaan.
Penyebaran ini menggambarkan penyebaran peradaban Melayu sejak dahulu kala.
Bahan kamus ini terdiri daripada bahasa sehari-hari yang digunakan oleh penutur dalam berbagai-bagai situasi. Juga dimasukkan perkataan dan idiom yang digunakan dalam dokumen-dokumen termasuk yang lama. Selain itu, sumber lain termasuk hikayat, novel serta hasil karya persuratan yang lain oleh pengarang yang bahasa pertuturannya adalah loghat Kedah, dan mereka lahir dan dibesarkan dalam kawasan loghat ini.
Bahasa standard tidak lain daripada loghat yang dipilih sebagai bahasa yang digunakan apabila orang dari pelbagai loghat berhubung satu sama lain, terutama sekali dalam situasi rasmi. Dengan itu, mana-mana loghat juga mempunyai bahasa halus seperti bahasa standard, dan memang ada bahasa kasar yang juga ada dalam bahasa standard.
Tiap-tiap loghat dengan perkataan dan idiomnya sendiri memberi gambaran sejarah serta budaya kumpulan penutur yang menggunakannya. Dalam kamus ini dijelaskan sama ada
penggunaan perkataan atau idiom itu halus atau kasar, atau dalam konteks
tertentu sahaja, dengan contoh-contoh yang sesuai.
Seperti mana-mana loghat Melayu lain, loghat Kedah mempunyai cara sebutannya yang tersendiri. Ini diperlihatkan dalam sistem ejaan mudah yang digunakan dalam teks kamus ini.
RM34.00





