Bahan digital yang dibeli hanya boleh dibaca melalui portal JendelaDBP dan Aplikasi JendelaDBP sahaja. Bahan digital ini TIDAK boleh dimuat turun. Format yang disediakan adalah dalam bentuk PDF, ePUB dan Buku Audio. Harap maklum.
5%

BAHASA DAN MASYARAKAT DI LEMBANGAN SUNGAI SARIBAS

Penulis: Chong Shin, James T. Collins, Dedi Ari Asfar

Buku ini memuatkan hasil penyelidikan lapangan di lembangan Sungai Saribas dan sistem sungai di sekitarnya. Aspek yang difokuskan dalam buku ini ialah bahasa dan sastera lisan masyarakat Melayu dan Iban – dua komuniti peribumi dominan di wilayah tersebut. Sepintas lalu, buku ini bermula dengan memperkenalkan latar belakang kawasan Saribas dan diikuti dengan sorotan linguistik dialek Melayu dan aspek sosiolinguistik komuniti tersebut. Selain itu, buku ini juga menjejaki lingkungan persebaran variasi Melayu Saribas melalui Sungai Krian dan Sungai Rajang serta kawasan yang berhampirannya. Selain bahasa komuniti Melayu, buku ini turut memuatkan analisis linguistik dan sastera lisan bahasa Iban, yakni bahasa lingua franca utama di seluruh lingkungan Saribas.

Price range: RM14.25 through RM22.00

Butiran Produk

No. Produk
499320000201149189540101
No. ISBN
9789834918958
No. eISBN
9789834930714
Bil. Halaman (ms)
194
Penulis
Chong Shin, James T. Collins, Dedi Ari Asfar
Berat (Versi Cetak)
0.25kg
Saiz PDF
59 MB
Saiz EPUB
7 MB