Bahan digital yang dibeli hanya boleh dibaca melalui portal JendelaDBP dan Aplikasi JendelaDBP sahaja. Bahan digital ini TIDAK boleh dimuat turun. Format yang disediakan adalah dalam bentuk PDF, ePUB dan Buku Audio. Harap maklum.
15%

COVID-19 DAN REHABILITASI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

Penulis: Hasherah Mohd Ibrahim, Shazli Ezzat Ghazali

Pandemik COVID-19 telah ternyata memberikan impak yang signifikan terhadap aspek ekonomi, kesihatan dan cara hidup masyarakat dunia. Walaupun kurang mendapat perhatian, realitinya golongan berkeperluan khas turut terkesan dengan perubahan ini. Sehubungan dengan itu, buku ini dihasilkan untuk mengetengahkan aspek cabaran dan pengurusan rehabilitasi kanak-kanak berkeperluan khas ketika pandemik, seterusnya dijadikan panduan buat ibu bapa atau penjaga dan ahli profesional yang berkecimpung dalam bidang rehabilitasi.

Buku ini ditulis oleh gabungan kepakaran ahli profesional sains kesihatan dan pensyarah dari Pusat Kajian Rehabilitasi dan Berkeperluan Khas, Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Bukan itu sahaja, pengamal swasta dan ahli terapi pertuturan-bahasa dari Kementerian Pendidikan Malaysia turut memberikan sumbangan dalam penulisan buku ini. Diharapkan agar buku ini dapat dimanfaatkan sebaiknya dan dijadikan sebagai panduan berkenaan tatacara rehabilitasi yang boleh diamalkan ketika keadaan kritikal atau terdesak pada masa hadapan.

Price range: RM18.05 through RM22.10

No. Produk: 502320050201149460840101-jendela Kategori: , Tag:

Butiran Produk

No. Produk
502320050201149460840101
No. ISBN
9789834946081
No. eISBN
9789834948559
Tarikh Terbit
30 Sep 2024
Penulis
Hasherah Mohd Ibrahim, Shazli Ezzat Ghazali
Berat (Versi Cetak)
0.22kg
Saiz EPUB
17 MB