NOVEL SEJARAH: KESIDANG
Pergolakan bermula dengan perebutan takhta kerajaan Johor Riau oleh Raja Kecil semasa pemerintahan Sultan Abdul Jalil. Biarpun Raja Kecil berjaya merampas takhta pemerintahan tersebut, namun konflik antara Raja Kecil dengan Sultan Abdul Jalil masih belum reda. Perkahwinan antara Raja Kecil dengan anakanda puteri Sultan Abdul Jalil menambah konflik antara mereka. Serangan daripada Raja Kecil menyebabkan Sultan Abdul Jalil serta kerabat baginda berundur ke Pahang. Raja Sulaiman dan Tengku Tengah, iaitu anakanda Sultan Abdul Jalil bangkit untuk membantu ayahanda mereka melawan Raja Kecil. Apakah yang berlaku kepada Sultan Abdul Jalil? Adakah Raja Sulaiman dan Tengku Tengah berjaya merampas semula takhta ayahanda mereka? Ikuti kisah bersejarah ini dalam Kesidang.
“Wangi bunga kesidang itu memeriahkan taman. Beberapa ekor rama-rama hinggap dari jambak ke jambak, terbang ringan, menari-nari.”
Price range: RM10.45 through RM15.30


