Bahan digital yang dibeli hanya boleh dibaca melalui portal JendelaDBP dan Aplikasi JendelaDBP sahaja. Bahan digital ini TIDAK boleh dimuat turun. Format yang disediakan adalah dalam bentuk PDF, ePUB dan Buku Audio. Harap maklum.
15%

BATU BELAH

Penulis: Muhibah Ayub

Tanjung, ibu kepada Melur dan Pekan, merajuk kerana anak-anaknya telah menghabiskan telur ikan tembakul yang sangat-sangat diidamkannya. Dia pun terus meninggalkan anak-anaknya menuju ke hutan. Melur sangat bimbang kerana di hutan itu terdapat batu berpuaka yang memakan apa-apa sahaja sekiranya batu berpuaka itu lapar. Melur cuba memujuk ibunya, tetapi berjayakah dia? Cerita yang dipadankan daripada salah sebuah cerita rakyat negeri Selangor ini sangat terkenal dalam kalangan masyarakat Melayu. Dalam versi ini, penulis telah membuat beberapa penyesuaian dari segi plot sehingga menjadikan ceritanya lebih berkesan dan sesuai untuk pemahaman dan perkembangan mental kanak-kanak pada zaman ini.
Cerita ini sesuai untuk bacaan atau dibacakan kepada kanak-kanak yang berumur 7 hingga 9 tahun.

Original price was: RM10.00.Current price is: RM8.50.

Butiran Produk

No. Produk
398320050201149171720103
No. ISBN
9789834917173
Tarikh Terbit
26 Jun 2018
Bil. Halaman (ms)
43
Penulis
Muhibah Ayub
Berat (Versi Cetak)
0.15kg