Bahan digital yang dibeli hanya boleh dibaca melalui portal JendelaDBP dan Aplikasi JendelaDBP sahaja. Bahan digital ini TIDAK boleh dimuat turun. Format yang disediakan adalah dalam bentuk PDF, ePUB dan Buku Audio. Harap maklum.

KAJIAN KARYA TERPILIH SASTERAWAN MALAYSIA: HIKAYAT PANGLIMA NIKOSA DAN KECURIAN 5 MILLION RINGGIT

Penulis: Syed Othman Syed Omar

Kajian Karya Terpilih Sasterawan Malaysia Hikayat Panglima Nikosa dan Kecurian 5 Million Ringgit menampilkan kajian karya-karya penting sasterawan Malaysia. Penemuan dua buah novel terawal di Malaysia, iaitu Hikayat Panglima Nikosa dan Kecurian 5 Million Ringgit sangat penting dalam sejarah kesusasteraan Melayu moden. Kajian mendapati Hikayat Panglima Nikosa merupakan novel terawal di Malaysia yang dihasilkan oleh Ahmad Shawal bin Abdul Hamid pada tahun 1876. Novel ini mengisahkan perjuangan watak Panglima Nikosa yang memerangi musuh sehingga berjaya mengamankan negerinya semula. Selain itu, keunikan novel ini dapat dilihat menerusi persoalan yang diketengahkan oleh pengarang berkenaan dengan kepentingan pendidikan dalam kehidupan dan kaedah-kaedah pertanian berdasarkan sistem ekonomi yang menguntungkan. Menurut Syed Othman Syed Omar, novel Kecurian 5 Million Ringgit ialah novel berbentuk detektif yang pertama di Malaysia yang dihasilkan oleh Mohamad bin Mohd. Said pada tahun 1922.

RM15.00

Butiran Produk

No. Produk
899320050201149168140101
No. ISBN
9789834916817
Tarikh Terbit
24 Mei 2018
Bil. Halaman (ms)
129
Penulis
Syed Othman Syed Omar
Berat (Versi Cetak)
0.20kg