Polisi Pemulangan dan Pembayaran Semula

  1. Pembelian dalam Talian: Terma dan syarat ini hanya terpakai untuk pembelian secara dalam talian melalui JendelaDBP.my.
  2. Tiada polisi penghantaran: Memandangkan JendelaDBP menjual produk digital, maka tiada penghantaran fizikal. Pelanggan boleh memuat turun produk melalui akaun JendelaDBP menggunakan e-mel yang didaftarkan.
  3. Tiada polisi pengembalian: Setiap pembelian tidak boleh dibatalkan atau dibayar balik melainkan produk tersebut ditukar, bergantung pada terma dan syarat yang ditetapkan.
  4. Masalah teknikal: Jika anda menghadapi masalah teknikal yang berterusan dengan produk digital yang dibeli (contohnya, tidak dapat memuat turun atau mengakses bahan), dan masalah tersebut tidak dapat diselesaikan oleh JendelaDBP, maka JendelaDBP boleh mencadangkan pilihan produk digital yang setara atau membuat pembayaran balik mengikut nilai produk digital yang dibeli dalam tempoh 14 hari.
  5. Notifikasi ralat pembelian: Jika terdapat sebarang ralat semasa dalam transaksi pembelian, pembeli perlu memaklumkan kepada JendelaDBP dalam tempoh 12 jam bekerja melalui: jendeladbp.my.
  6. Perubahan terma dan syarat: JendelaDBP berhak untuk mengubah terma dan syarat dari semasa ke semasa tanpa mengeluarkan notis rasmi.