
DAFTAR KATA BAHASA BAKONG – BAHASA MELAYU
Daftar kata ini memuatkan sebanyak 3210 kata yang dilengkapi dengan padanan dalam bahasa Bakong- bahasa Melayu. Daftar kata ini merupakan kosa kata yang dikumpulkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak dengan kerjasama beberapa orang penyelidik yang terdiri daripada penutur jati bahasa Bakong melalui Projek Pembinaan Manuskrip Daftar Kata Bahasa Sukuan Sarawak.
Daftar kata yang dikumpulkan berdasarkan perkataan yang kerap digunakan oleh kedua-dua penutur bahasa ini dan diharapkan dapat membantu kemusykilan yang timbul oleh kedua-dua pengguna bahasa ini. Dengan adanya penerbitan daftar kata ini diharapkan dapat menambahkan khazanah buku daftar kata pelbagai bahasa sukuan, khususnya dalam usaha Dewan Bahasa dan Pustaka memperbanyak penyerapan pelbagai istilah dan kata umum bahasa sukuan ke dalam bahasa Melayu.
Dengan adanya penerbitan ini juga bahasa sukuan di Sarawak terus dipelihara dan dilestarikan untuk tatapan generasi
pada masa akan datang.
Price range: RM19.00 through RM28.00
