Bahan digital yang dibeli hanya boleh dibaca melalui portal JendelaDBP dan Aplikasi JendelaDBP sahaja. Bahan digital ini TIDAK boleh dimuat turun. Format yang disediakan adalah dalam bentuk PDF, ePUB dan Buku Audio. Harap maklum.
15%

PENGURUSAN PENGETAHUAN DALAM PENDIDIKAN

Penulis: Rosnah Ishak / Marinah Awang

Buku ini secara keseluruhannya memperkenalkan istilah “pengurusan pengetahuan” kepada khalayak pembaca. Pengurusan pengetahuan telah dikaji lebih dari tiga dekad yang
lalu sebagai satu daripada cabang dalam bidang pengurusan.
Namun begitu, istilah tersebut masih kurang difahami, malah
dianggap sama seperti konsep pengurusan maklumat.
Buku ini merangkumkan perkara asas berkaitan dengan
penghasilan pengetahuan, aktiviti pengurusan pengetahuan
sehinggalah kepada isu pengurusan pengetahuan seperti
kepemimpinan, pembangunan dan aplikasi. Buku ini dipenuhi
dengan maklumat yang amat berguna sebagai panduan kepada
guru, pensyarah dan sesiapa sahaja yang berminat untuk
mengurus pengetahuan mereka pada era k-ekonomi ini. Buku ini
juga berguna buat individu yang bekerja, mahupun yang sedang
belajar untuk mengetahui cara memanfaatkan pengetahuan yang
terhasil semasa bekerja atau belajar di organisasi, seterusnya
mengurus pengetahuan tersebut menjadi aset intelektual setiap
individu.

Original price was: RM22.00.Current price is: RM18.70.

Butiran Produk

No. Produk
658320000201149317740101
No. ISBN
9789834931773
Tarikh Terbit
21 Okt 2021
Bil. Halaman (ms)
177
Penulis
Rosnah Ishak / Marinah Awang
Berat (Versi Cetak)
0.23kg