Bahan digital yang dibeli hanya boleh dibaca melalui portal JendelaDBP dan Aplikasi JendelaDBP sahaja. Bahan digital ini TIDAK boleh dimuat turun. Format yang disediakan adalah dalam bentuk PDF, ePUB dan Buku Audio. Harap maklum.

NOVEL REMAJA: BUDAK BANDAR

Penulis: SAINDAH KANALAM

Mizi, seorang pelajar Tingkatan 6 yang cemerlang dalam bidang akademik dan berminat dengan penggunaan gajet. Bapanya melabelkan Mizi sebagai seorang yang antisosial kerana dia sering menyendiri di dalam bilik.

Pada cuti persekolahan, Mizi dan adiknya, Afiq pulang ke kampung ayahnya yang jauh di pedalaman dan tiada kemudahan Internet. Walau bagaimanapun, lama-kelamaan, Mizi dapat menyesuaikan diri dengan keadaan tersebut. Suatu hari, Mizi dan sepupunya mendapat tahu ada kes jenayah seperti meracun, merenjat dan mengebom ikan sedang giat berlaku di kampung ayahnya itu. Mereka menggunakan gajet seperti telefon pintar dan dron untuk menjejak serta mengumpul bukti kegiatan jenayah tersebut. Adakah Mizi berjaya dalam misi tersebut? Ikuti jejak penyiasatan Mizi dan sepupunya dalam novel Budak Bandar ini.

RM18.00

Butiran Produk

No. Produk
899320050201149324920101
No. ISBN
9789834932497
Tarikh Terbit
21 Okt 2021
Bil. Halaman (ms)
189
Penulis
SAINDAH KANALAM
Berat (Versi Cetak)
0.16kg