Oleh
Afiqah binti Harithuddin
•
25 Ogos 2020, 17:06
Istilah Sumber self-concept
Istilah Sasaran konsep kendiri
Pengamatan individu terhadap trait personaliti diri mereka sendiri. Konsep ini mempunyai semua idea, pengamatan dan perasaan tentang siapa sebenarnya seseorang itu. Contohnya, individu menganggap atau menyatakan bahawa dirinya seorang yang segak, rajin bekerja atau mudah bergaul. Konsep kendiri seseorang individu tidak semestinya konsisten dengan sudut pandangannya. Terdapat individu yang cuba mengubah suai pengakuannya supaya menepati dengan apa yang ditanggapi tentang dirinya. Menurut Rogers, jurang antara konsep kendiri dengan keadaan sebenar adalah berdasarkan darjah tak kongruen.
Bidang: Psikologi