Template peka bahasa ARDS 01
Template peka bahasa hand sanitizer 01 Template peka bahasa life vaccine 01
25 Ogos 2020, 00:18

Istilah Sumber acute respiratory distress syndrome (ARDS)
Istilah Sasaran sindrom sukar bernafas akut (ARDS)

Sindrom penyakit paru-paru yang berlaku secara tiba-tiba atau mendadak yang ditandai gejala sukar bernafas dan mengakibatkan kekurangan ketepuan oksigen dalam darah. Sindrom ini boleh berlaku kepada pesakit yang menghidap penyakit seperti radang paru-paru, pneumonitis aspirasi, kontusi paru-paru, pankreatitis, embolisme lemak, pintasan kardiopulmonari, kecederaan teruk, renjatan hipovolemia, renjatan septisemia, transfusi darah masif dan inhalasi asap toksik.

Bidang: Perubatan

Kongsi