Oleh
M. Hafiz
•
5 Oktober 2020, 01:09
Istilah Sumber divestment
Istilah Sasaran nyahlabur
Tindakan strategik sesebuah syarikat yang menjual sebahagian daripada unit perniagaan, fungsi atau asetnya yang masih beroperasi atau yang telah ditutup. Tindakan ini diambil oleh sesebuah syarikat perniagaan yang menghadapi situasi lebihan unit perniagaan, fungsi atau asetnya, dan hanya dilakukan sekali sahaja dalam situasi tertentu. Tujuan tindakan nyahlabur dilakukan adalah untuk mengawal kos operasi syarikat dan mengelakkan syarikat tersebut daripada terus melabur dalam aktiviti yang tidak menguntungkan. Contohnya, syarikat konglomerat yang terpaksa menjual sebahagian aset syarikatnya yang dikenal pasti membebankan kos operasi, bagi mengurangkan kerugian perniagaan.
Bidang: Pengurusan