Oleh
M. Hafiz
•
16 November 2020, 15:47
Istilah Sumber think tank
Istilah Sasaran kumpulan pemikir
Kumpulan yang bertugas dalam institusi penyelidikan dasar sesebuah negara. Institusi ini berfungsi menyelaras strategi dasar kerajaan, mencadangkan alternatif dasar baru dan memastikan kesan dasar yang dipilih telah mencapai matlamat. Terdapat juga kumpulan yang mempunyai kepentingan yang bersifat kepartian yang memberi cadangan dasar kepada parti politik tertentu. Contoh kumpulan pemikir di Malaysia ialah ISIS.
Bidang: Sains Politik