Oleh
Syafwan Arshad
•
14 Mac 2021, 07:34
Istilah Sumber materiality
Istilah Sasaran kematanan
Konsep asas perakaunan yang memerlukan juruaudit membuat pertimbangan profesional bagi tujuan pelaporan penyata kewangan. Konsep kematanan juga ialah penentu yang signifikan terhadap usaha audit dalam menentukan ketepatan tahap salah nyata boleh terima dalam penyediaan penyata kewangan. Kematanan penting bagi memastikan pendapat yang diberikan adalah benar dan saksama terhadap situasi kewangan entiti tersebut.
Bidang: Audit