Bahan digital yang dibeli hanya boleh dibaca melalui portal JendelaDBP dan Aplikasi JendelaDBP sahaja. Bahan digital ini TIDAK boleh dimuat turun. Format yang disediakan adalah dalam bentuk PDF, ePUB dan Buku Audio. Harap maklum.
15%

DAERAH BETA

Penulis: Azizi Haji Abdullah

Ketenangan perkampungan baharu ini mula tergugat. Kematian misteri penduduk kampung semacam mangsa pembunuhan bersiri. Malah bayi dalam kandungan juga menderita; lahir tak cukup bulan atau lahir dalam kecacatan. Dalam tertanya-tanya, penduduk kampung dikejutkan dengan tunjuk perasaan penduduk kampung sebelah pada suatu tengah malam.

“Kami bantah!!!” jerit kumpulan di sebelah kiri.
“Kami bantah!!!” jerit pula kumpulan di sebelah kanan.

Tiba-tiba dalam tempik sorak itu meriam air dari kereta perisai polis memuntahkan pelurunya. Nampak air berwarna kekuningan mendesah bercabang-cabang, menyembur kumpulan yang hendak mara merempuh benteng anggota polis antirusuhan itu.

Mengapa tunjuk perasaan itu berlaku? Apa sebenarnya yang dibantah oleh mereka? “Daerah Beta” bukan sebarang daerah, ia daerah yang menentukan hidup mati, maruah dan harga diri rakyat yang bertarung dengan karenah penguasa dan birokrat, atas nama pemodenan dan pembangunan.

Original price was: RM35.00.Current price is: RM29.75.

Butiran Produk

No. Produk
899320050201146034640102
No. ISBN
9789834603465
Tarikh Terbit
14 Apr 2021
Bil. Halaman (ms)
388
Penulis
Azizi Haji Abdullah
Berat (Versi Cetak)
0.31kg