
SIRI GLOSARI DIALEK MELAYU SEMENANJUNG: GLOSARI DIALEK KEDAH
Penulis: Dewan Bahasa dan Pustaka
Glosari Dialek Kedah Edisi Kedua merupakan salah satu judul dalam Siri Glosari Dialek Melayu Semenanjung. Buku ini mengandungi senarai kosa kata daripada dialek Kedah yang terpilih, yang memberikan keterangan lanjut tentang sebutan, kelas kata dan maknanya. Dijelaskan juga penggunaan setiap kosa kata dalam ayat dialek, cara penyebutan ayat berkenaan berserta dengan simbol fonetiknya, dan padanan ayat dialek tersebut dalam ayat baku. Siri Glosari Dialek Melayu Semenanjung diterbitkan sebagai usaha mengumpulkan dan mendokumentasikan kosa kata dialek yang terdapat di Semenanjung Malaysia supaya dapat dijadikan rujukan oleh pengguna bahasa Melayu, khususnya pengkaji bahasa dan budaya Melayu, pelajar dan pendidik.
RM25.00
Butiran Produk
No. Produk
499521116554201
No. ISBN
9789834616557
Tarikh Terbit
05 Mei 2015
Bil. Halaman (ms)
381
Penulis
Dewan Bahasa dan Pustaka
Berat (Versi Cetak)
0.36kg
