Bahan digital yang dibeli hanya boleh dibaca melalui portal JendelaDBP dan Aplikasi JendelaDBP sahaja. Bahan digital ini TIDAK boleh dimuat turun. Format yang disediakan adalah dalam bentuk PDF, ePUB dan Buku Audio. Harap maklum.
15%

MEMAHAMI KOMUNIKASI ORANG PEKAK

Penulis: Abdullah Yusoff

Anda pernah bercakap atau berkomunikasi dengan orang pekak? Sama ada jawapan anda “ya” ataupun “tidak”, yang pasti adalah sukar untuk memahami mereka. Disebabkan kita sukar memahami mereka, adakah wajar orang pekak disisihkan? Ketidakpedulian sesetengah anggota masyarakat terhadap orang pekak merupakan “penderitaan” yang tidak tertanggung oleh golongan ini. Oleh itu, Memahami Komunikasi Orang Pekak merupakan satu usaha murni atau “jambatan” bagi memudahkan proses perhubungan dengan mereka. Buku ini sebagai langkah permulaan penulis bagi membantu pembaca memahami orang pekak dalam pelbagai aspek.

Original price was: RM25.00.Current price is: RM21.25.

Butiran Produk

No. Produk
6175211115714102
No. ISBN
9789834615710
Tarikh Terbit
16 Mei 2014
Bil. Halaman (ms)
245
Penulis
Abdullah Yusoff
Berat (Versi Cetak)
0.46kg