Bahan digital yang dibeli hanya boleh dibaca melalui portal JendelaDBP dan Aplikasi JendelaDBP sahaja. Bahan digital ini TIDAK boleh dimuat turun. Format yang disediakan adalah dalam bentuk PDF, ePUB dan Buku Audio. Harap maklum.
15%

KEMBARA MENJEJAK BAYANG: MENJEJAKI REALITI KONFLIK SI SELATAN THAILAND

Penulis: Fahmi Faiz

Selang beberapa ketika, tiba-tiba kenderaan kami diperlahankan. Terpampang di hadapan kami kelibat tentera menggalas rifle M16A1. Turut kelihatan beberapa buah Humvee tentera serta V100 Commando menghalang lalu lintas. Bisikan di hati segera memberitahu bahawa ada sesuatu yang tidak kena berlaku di situ. Kebetulan seorang wanita tua berlari ke arah bertentangan, saya menurunkan tingkap kenderaan pacuan empat roda itu dan menjerit. “Mak Cik, ada apa di atas jalan?” Wanita itu dengan mata berair dan wajah yang pucat menjawab, “Atas jalan ada bom!” … Pada penghujung tahun 2014, penulis telah melakukan ekspedisi secara solo ke kawasan Selatan Thailand yang meliputi daerah Pattani, Narathiwat dan Yala. Kawasan itu, menurut kesepakatan ramai sarjana serta pemerhati konflik dilaporkan sebagai kawasan yang mengalami konflik paling tegang di Asia Tenggara, dibanjiri oleh berita-berita seperti pengeboman serta tembakan rambang yang mensabitkan pejuang pembebasan di kawasan itu.

Original price was: RM35.00.Current price is: RM29.75.

Butiran Produk

No. Produk
910320050201149086540101
No. ISBN
9789834908652
Tarikh Terbit
06 Mei 2016
Bil. Halaman (ms)
384
Penulis
Fahmi Faiz
Berat (Versi Cetak)
0.44kg