SI YAMBU
RM6.00 – RM7.00
Penerangan
Cerita ini mengisahkan Si Noni, seekor ayam betina yang telah menetaskan empat biji telur. Pada mulanya, Si Noni bersedih kerana salah seekor anaknya menyerupai seekor anak buaya. Lama-kelamaan Si Noni dapat menerima takdir Tuhan setelah ditenangkan oleh Si Jalak, bapa kepada anak-anak ayam itu. Si Noni dan Si Jalak menamakan anak-anak ayam itu dengan Si gelaran Si Putih, Si Hitam dan Si Kelabu, manakala ‘anak buaya’ itu dinamakan Si Yambu. Anak-anak ayam itu semakin hari semakin membesar dan sihat. Si Yambu yang ekornya semakin panjang tidak dapat tidur di bawah pelukan ibunya lagi seperti adik-beradiknya yang lain. Dia terpaksa tidur di luar sarang. Sambil itu, dia menjaga keluarganya dan keluarga ayam lain yang sering diganggu oleh musang. Walaupun Si Yambu membantu menjaga ayam-ayam, tetapi jasanya tidak dikenang oleh kebanyakan ayam di situ. Si Yambu sering diejek dan ditertawakan kerana fizikalnya yang berbeza daripada fizikal seekor ayam. Suatu hari, Si Yambu yang sedang menyendiri di tepi sungai, didatangi oleh seekor anak buaya yang bernama Jajas. Jajas mempelawa Si Yambu tinggal di dalam sungai bersama-samanya. Semasa Si Yambu meminta izin ibunya, Si Noni untuk tinggal di dalam sungai, Si Noni tidak mengizinkannya tetapi Si Yambu tetap dengan tekadnya setelah berkecil hati dengan adik-beradiknya. Beberapa hari selepas itu, beberapa ekor ayam datang menemui Si Noni untuk bertanyakan Si Yambu. Ayam-ayam itu memohon maaf kerana sering mengejek Si Yambu dan meminta Si Noni mencari Si Yambu. Ayam-ayam itu ingin memohon bantuan Si Yambu kerana pada masa itu banyak ayam telah mati dimakan oleh musang dan binatang buas yang lain. Jika Si Yambu ada, dialah yang menjadi penjaga ayam-ayam di situ. Si Noni kemudiannya berjumpa dengan Si Yambu di tepi sungai dan memujuknya untuk pulang.