PANDUAN UMUM

  1. Karya (makalah, cerpen dan puisi) yang dihantar untuk diterbitkan oleh Bahagian Majalah hendaklah karya asli penulis.
  2. Karya yang ditulis hendaklah dalam bahasa Melayu.
  3. Karya yang mengandungi istilah hendaklah berdasarkan istilah yang ditetapkan oleh DBP.
  4. Karya hendaklah ditulis dalam bentuk penulisan untuk majalah, bukan bentuk penulisan kertas kerja atau seumpamanya.
  5. Karya yang tidak diterbitkan dalam bentuk majalah bercetak akan dipertimbangkan untuk diterbitkan dalam JendelaDBP (jendeladbp.my) dengan persetujuan penulis. Sekiranya penulis hanya mengizinkan karya tersebut diterbitkan melalui satu medium sahaja, sila nyatakan medium yang dipilih, iaitu sama ada BERCETAK atau DIGITAL.
  6. Setiap karya yang dihantar tidak boleh dihantar kepada penerbit lain.
  7. Setiap karya yang terpilih untuk disiarkan tertakluk pada dasar penerbitan DBP dan penulis akan dibayar honorarium mengikut kadar bayaran DBP.
  8. Penulis mestilah mengenal pasti majalah dan pembaca sasaran yang sesuai dengan karya yang ditulis.
  9. Sebaik-baiknya karya yang ditulis disertakan dengan foto (dalam format *.jpeg/*.png), ilustrasi, jadual, rajah dan sebagainya. Penulis juga digalakkan untuk mengirimkan video atau klip video berkaitan dengan makalah yang ditulis.
  10. Karya termasuklah bahan dalam format foto (dalam format *.jpeg/*.png), ilustrasi, jadual, rajah, klip video dan sebagainya yang hendak dihantar untuk terbitan DBP hendaklah:
    1. tidak melanggar, dengan apa jua cara mana-mana hak cipta yang ada, dan tidak mengandungi apa-apa perkara yang boleh menimbulkan bantahan atau melanggar mana-mana undang-undang; dan
    2. bebas daripada sentimen perkauman, tidak menghasut dan tidak menimbulkan prejudis terhadap mana-mana pihak.
  11. Hak cipta penerbitan bagi semua karya yang tersiar dalam majalah terbitan DBP adalah hak mutlak DBP, manakala penulis mempunyai hak cipta bagi manuskrip asal yang dihasilkan. Manuskrip asal adalah merujuk manuskrip mentah yang belum disunting oleh DBP yang dihasilkan oleh penulis dan dihantar kepada DBP.
  12. DBP mempunyai hak mutlak terhadap mana-mana penerbitan karya yang telah diterbitkan oleh DBP dalam majalah (bercetak atau digital) dalam apa-apa bahasa sama ada dilakukan oleh DBP atau pun pihak luar di dalam dan di luar negara yang melibatkan hak seperti yang berikut:
    1. Hak menterjemah karya tersebut ke dalam apa-apa jua bahasa lain daripada bahasa asal;
    2. Hak menyesuaikan, memendekkan, meringkaskan dan memperluas;
    3. Hak mengeluar ulang dan mencetak;
    4. Hak mempersirikan karya tersebut dalam akhbar dan/atau terbitan berkala dalam bentuk penerbitan bercetak dan/atau penerbitan elektronik; sama ada dalam bentuk asalnya atau dalam bentuk animasi, kartun, komik dan/atau bentuk penerbitan lain;
    5. Hak mementaskan karya tersebut;
    6. Hak memfilemkan karya tersebut; dan
    7. Hak menyiarkan karya tersebut melalui televisyen, dan/atau melalui apa-apa media elektronik secara sentuh, bunyi, pandang dan/atau pandang dengar.
  13. Karya yang dihantar tidak akan dikembalikan. Jika karya tidak disiarkan dalam tempoh enam bulan selepas tarikh penghantaran, karya itu dianggap tidak akan disiarkan.

PANDUAN KHUSUS

  1. Penulisan karya perlu bertaip menggunakan komputer.
  2. Spesifikasi penulisan adalah seperti yang berikut:
    1. Makalah
      SPESIFIKASI MAJALAH BERCETAK E-MAJALAH
      Jumlah perkataan (Ms Word) 1200 – 1700 perkataan 800 – 1300 perkataan
      Jenis muka taip teks Arial Arial
      Saiz muka taip teks 12 12
      Kedudukan teks Langkau dua baris Langkau dua baris
    2. Cerpen
      SPESIFIKASI MAJALAH BERCETAK E-MAJALAH
      Jumlah perkataan (Ms Word) 5 – 6 halaman
      (Dewan Pelajar)
      6 – 8 halaman
      (Tunas Cipta)
      8 – 10 halaman
      (Dewan Bahasa, Pelita Bahasa, Dewan Tamadun Islam, Dewan Siswa, Dewan Kosmik)
      10 – 12 halaman
      (Dewan Budaya)
      8 – 25 halaman
      (Dewan Sastera)
      6 – 8 halaman
      (Tunas Cipta)
      Jenis muka taip teks Arial Arial
      Saiz muka taip teks 12 12
      Kedudukan teks Langkau dua baris Langkau dua baris
    3. Puisi
      SPESIFIKASI MAJALAH BERCETAK E-MAJALAH
      Jumlah perkataan (Ms Word) 1 – 2 halaman 1 – 2 halaman
      Jenis muka taip teks Arial Arial
      Saiz muka taip teks 12 12
      Kedudukan teks Langkau dua baris Langkau dua baris

PANDUAN PENGHANTARAN

  1. Berdasarkan panduan yang diberikan, penulis yang berminat untuk menyerahkan karya boleh mengirimkannya dengan butiran maklumat berikut:
    1. Nama penuh mengikut kad pengenalan
    2. Alamat surat-menyurat
    3. Nombor kad pengenalan
    4. Nombor dan nama akaun bank
    5. Alamat e-mel
    6. No. Telefon
  2. Karya yang tidak disertakan dengan butiran yang dinyatakan dalam perkara 1 (Panduan Penghantaran) tidak akan dipertimbangkan untuk penyiaran.
  3. Sebarang pertanyaan atau penghantaran karya boleh disalurkan secara terus melalui e-mel editor majalah seperti yang berikut:
    Bahagian Majalah Editor
    Dewan Bahasa Puan Siti Zubaidah Sekak
    [email protected]
    Dewan Sastera Encik Muhammad Fadhli al-Akiti
    [email protected]
    Dewan Masyarakat Encik Abd. Kadir Mohd Ayub
    [email protected]
    *Dewan Pelajar Puan Fansurina Ramli
    [email protected]
    *Dewan Siswa Puan Siti Irni Yuslinda Mosman
    [email protected]
    *Pelita Bahasa Puan Norsuhaila Ibrahim
    [email protected]
    Dewan Budaya Encik Muhammad Lufti Zahid
    [email protected]
    Dewan Kosmik Puan Norfaranieza Muhd Ariffin
    [email protected]
    Dewan Ekonomi Puan Siti Sarah Mohd Husin
    [email protected]
    Dewan Tamadun Islam Puan Syaza Wardina Abd Khalik
    [email protected]
    Tunas Cipta Encik Ahmad Sayuti Mohd Yusob
    [email protected]

Catatan:
* Majalah ini tidak diterbitkan dalam JendelaDBP (format baharu e-majalah).

ALAMAT SURAT-MENYURAT

Sebarang surat-menyurat berkaitan dengan pengkaryaan hendaklah dialamatkan kepada:

Ketua Editor,
Bahagian Majalah, Aras 20,
Dewan Bahasa dan Pustaka,
Jalan Dewan Bahasa,
50460 Kuala Lumpur.