Oleh
Syafwan Arshad
•
9 Mac 2021, 07:43
Istilah Sumber digital breadcrumb trail
Istilah Sasaran jejak tinggalan digital
Unsur kawalan bergambar yang sering digunakan sebagai alat bantu navigasi dalam antara muka pengguna dan di laman web. Unsur ini membenarkan pengguna mengesan dan mengekalkan kesedaran lokasi mereka dalam program, dokumen, atau laman web. Istilah ini berasal daripada jejak serdak roti yang ditinggalkan oleh Hansel dan Gretel dalam cerita dongeng Jerman.
Bidang: Teknologi Maklumat dan Komunikasi