15 Mei 2023, 19:22

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Phnom Penh, CambodiaPemangku Raja Perlis, Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat menyaksikan Temasya Sukan Asia Tenggara Ke-32 Cambodia 2023 di Phnom Penh, semalam.

Selain kehadiran Pemangku Raja Perlis dan Raja Puan Muda Perlis, Datuk M.Rajasekaran yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Panel Timbangtara Sukan SEA turut sama-sama menyaksikan Temasya Sukan Asia Tenggara Ke-32 Cambodia 2023 di Phnom Penh, semalam.

Keberangkatan tiba baginda berdua diiringi Pengerusi Jawatankuasa Panel Timbangtara Sukan SEA, Datuk M.Rajasekaran yang juga merupakan anak kelahiran Perlis.

Pada kesempatan tersebut, baginda berdua turut dapat menyaksikan sukan floorball di Dinasour Park; badminton dan pingpong di Perkampungan Sukan; bola keranjang di Elephant Hall 2 ; kick boxing di Elephant Hall 1 dan fin swimming di Pusat Akuatik Stadium Nasional Morodok Techo.

Pemangku Raja Perlis dan Raja Puan Muda Perlis turut berkenan bergambar kenangan bersama-sama atlet Sukan Asia Tenggara Ke-32 Cambodia 2023.

 

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: